Home
Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository
INTRODUCTION
The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This directory provide the database of the student Final Year Project from
the past session.
DOWNLOAD DOCUMENTS
Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here
Anti Rain Auto Hanger (A.R.A.H)
AbstractABSTRAK Projek Anti Rain Auto Hanger ( A.R.A.H ) merupakan satu projek yang telah kami laksanakan bertujuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dihadapi pengguna a apabila cuaca mula mendung ataupun hujan , seringkali mereka harus keluar rumah dengan tergesa gesa untuk mengambil jemuran mereka. Selain itu, pengguna yang bekerja juga tidak dapat mengambil pakaian mereka ketika hujan apabila berada di kerja. Oleh itu, tercetusnya satu idea untuk membuat dan menambahbaik ampaian baju sedia ada ampaian yang mampu menarik jemuran ke dalam rumah atau ke tempat yang terlindung dari hujan sebelum hujan mula lebat dan membasahi jemuran di luar rumah. Objektif projek ini dihasilkan adalah untuk merekabentuk sejenis ampaian baju yang menggerakan jemuran secara automatik ke dalam rumah , menguji masa yang diambil untuk ampaianmenggerakkan pakaian ke dalam rumah dan akhir seekali menentukan daya kilas yang diguna untuk mengangkat beban. Tambahan lagi, terdapat beberapa skop kajian yang telah ditetapkan dalam projek ini iaitu , untuk kegunaan suri rumah dan pengguna bekerja yang menjemur kain diluar rumah, digunakan untuk jemuran yang tidak boleh dikeringkan oleh mesin pengering baju, dan kawasan rumah yang mempunyai anjung / serambi. Bahan bagi projek ini juga mempunyai ciri ciri khas iaitu antaraya sensor yang mampu mengesan air dan memberi signal kepada litar dan kemudian menggerakkan motor. Manakala bagi proses pembentukan komponen , kajian metodologi digunakan bagi merancang proses penghasilan projek dengan menggunakan carta alir sebagi panduan untuk perancangan penghasilan dan pengujian projek. Hasilnya keseluruha projek ini berjaya dihasilkan mengikut masa yang ditetapkan. Berdasarkan hasil analisa dan perbincangan yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa Anti Rain Auto Hanger ( A.R.A.H ) ini telah mencapai objektif yang telah dibincangkan.

Group Members | : | AHMAD BIN ABD RASYID (02DKM14F2015) MUHAMMAD ZUL FAHMI BIN ARSHAD (02DKM14F2012) MUHAMMAD EZRIEN SHAH BIN EDRUS (02DKM14F2001) | |
Supervisor | : | Puan Norbaya Binti Mhd Simin | |
Session | : | December 2016 | |
Field | : | Mechanical | |
Division | : | Jabatan Kejuruteraan Mekanikal | |
Submitted Date | : | 28 April 2017 13:28:57 PM |