Home
Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository
INTRODUCTION
The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This directory provide the database of the student Final Year Project from
the past session.
DOWNLOAD DOCUMENTS
Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here
PEMBANGUNAN APLIKASI PROSEDUR KESELAMATAN SECARA VISUAL BENGKEL MESIN DJJ5032
AbstractIsu keselamatan merupakan perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh setiap pelajar yang menggunakan peralatan di bengkel mesin Politeknik Malaysia. Namun begitu, masih terdapat lagi banyak kemalangan-kemalangan yang berlaku di bengkel mesin Politeknik Malaysia. Sehubungan dengan itu, projek ini dijalankan bagi memberi kefahaman dan bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan-kemalangan yang tidak diingini di bengkel-bengkel Politeknik Malaysia. Projek ini dibangunkan melalui tiga fasa perlaksanaan iaitu fasa pertama adalah analisis keperluan bagi mengenalpasti keperluan menjalankan projek. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Fasa kedua pula ialah pembangunan panduan keselamatan. Instrumen yang digunakan untuk fasa ini pula adalah aplikasi Mit Apps Iventor 2. Fasa terakhir iaitu fasa ketiga ialah untuk menilai pandangan pelajar terhadap panduan yang dibangunkan. Panduan ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu pertamanya ialah panduan keselamatan umum yang merangkumi etika pemakaian yang sesuai di bengkel mesin Politeknik Malaysia. Kedua ialah langkah-langkah penggunaan peralatan yang betul. Ketiga, prosedur untuk melaraskan peralatan mengikut spesifikasi teknikal yang betul. Prosedur keselamatan ini diharapkan boleh digunapakai bukan sahaja di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah malahan turut digunakan di Politeknik Malaysia yang lain.

Group Members | : | NURLIANA IZZATIE BINTI ATAN (02DKM15F1156) CHE NUR AMALINA BINTI NAWI (02DKM15F1027) NURDALILA ARINA BINTI MOHD RAZIF (02DKM15F1092) NURHAYATI BINTI ABD.LLAH ZAWAWI (02DKM15F1060) | |
Supervisor | : | EN MOHD NORULHISHAM BIN ABD RASHID | |
Session | : | June 2017 | |
Field | : | Mechanical | |
Division | : | Jabatan Kejuruteraan Mekanikal | |
Submitted Date | : | 17 October 2017 13:17:57 PM |