Home

Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository


INTRODUCTION 

The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department, 
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This  directory provide the database of the student Final Year Project from 
the past session.




DOWNLOAD DOCUMENTS

Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here



 

SHUTTLECOCK COLLECTOR

Abstract

Shuttlecock Collector ini direka untuk mengutip bulu tangkis yang banyak. Kebanyakkan pekerja atau pemain di gelanggang dan pusat-pusat badminton berhadapan dengan masalah akibat pengutipan bulu tangkis yang bersepah di atas lantai. Antara masalah yang dikenalpasti yang timbul adalah kesukaran untuk menunduk atau membongkok dengan kerap apabila mengutip bola tangkis, yang mana ia boleh menyebabkan kesakitan di bahagian pinggang. Oleh yang demikian, alat ini dicipta untuk mengutip bulu tangkis tanpa memerlukan pengendalinya membongkok, seterusnya memudahkan proses mengutip bulu tangkis tersebut. Dalam merekabentuk pengutip bulu tangkis ini, objektif utamanya adalah supaya dapat menghasilkan sebuah alat pengutip bulu tangkis yang berupaya mengoptimumkan tenaga pemain untuk mengutip bulu tangkis, disamping dapat memelihara keadaan bulu tangkis pada bola agar tidak rosak. Sistem mekanisme yang mudah tanpa penggunaan kuasa luar untuk menggerakkan mesin menjadi pilihan disamping menjimatkan. Hanya dengan menolak mesin oleh pengendali, sistem roda yang bergerak, menggerakkan sistem gear/ sprocket dan rantai, seterusnya menarik bola tangkis masuk ke dalam mesin ke arah takungan yang tersedia. Walaupun inovasi ini boleh beroperasi dengan baik, oleh kerana kekangan masa dalam operasi penyelidikan, masih ada beberapa bahagian pada mesin yang perlu ditambahbaik. Contohnya dalam proses pembuatan pengaut yang lebih komersial, rekabentuk dan pemilihan bahan yang efisien. Dengan terhasilnya inovasi ini, semoga ia menjadi penanda aras kepada penghasilan produk/ mesin seumpamanya yang lebih bernilai komersial.



Group Members:MUHAMAD IZWAN AIMAN BIN AZMI (02DKM15F1059)
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN (02DKM15F1023)
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD KHAMBERI (02DKM15F1159)
Supervisor:Puan Sanisah Binti Ahmad
Session:June 2017
Field:Mechanical
Division:Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Submitted Date:19 October 2017 18:19:58 PM