Home
Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository
INTRODUCTION
The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This directory provide the database of the student Final Year Project from
the past session.
DOWNLOAD DOCUMENTS
Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here
Mini Air Compressor
AbstractProjek ini diaplikasikan daripada pemerhatian berdasarkan sebuah alat pemampat udara yand sedia ada . Objektif projek ini dihasilkan adalah untuk merekabentuk sebuah alat yang berupaya memberikan kuasa bertekanan udara sebanyak “125 psi” kepada alatan seperti “Air Gun”. Kesemua ini ditetapkan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang timbul dengan penggunaan kaedah sedia ada antaranya, kesukaran untuk membawa pemampat udara kemana sahaja terutamanya untuk kerja-kerja luar dari bengkel dan faktor keselamatan kurang kerana kecederaan boleh diakibatkan oleh meletupnya pemampat udara yang tidak mengikut aspek-aspek keselamatan yang perlu ada pada alat pemampat udara. Bahan bagi projek ini juga perlu mempunyai ciri-ciri khas iaitu tidak berat, selamat dan mudah untuk diselenggara, berdasarkan kajian literatur yang dijalankan terdapat dua bahan utama iaitu “Hermetic Compressor” dan “Air Conditioner High Pressure Vessel”. Manakala bagi proses pembentukan komponen, kajian metodologi digunakan bagi merancang proses penghasilan projek dengan menggunakan carta alir sebagai panduan untuk perancangan penghasilan dan pengujian projek. Hasilnya keseluruhan projek ini berjaya dihasilkan dengan kadar purata penjimatan masa dan kos. Berdasarkan keputusan ini, hasil analisa dan perbincangan yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa “Mini Air Compressor” ini telah mencapai objektif yang telah dibincangkan. Selain itu, alat ini juga terbukti mampu menjimatkan masa dan kos.

Group Members | : | SYED SAIFUDDIN BIN SYED MOHAMAD (02DAD15F2027) MUHAMAD SYAZWAN BIN MAT ZAIT (02DAD15F2022) MUHAMMAD IZHAR BIN MD SANI (02DAD15F2005) | |
Supervisor | : | En. Rospi Bin Mat Husin | |
Session | : | December 2017 | |
Field | : | Automotive | |
Division | : | ||
Submitted Date | : | 29 April 2018 17:29:48 PM |