Home
Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository
INTRODUCTION
The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This directory provide the database of the student Final Year Project from
the past session.
DOWNLOAD DOCUMENTS
Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here
MESIN PENGUPAS DAN PEMOTONG KELAPA MUDA
AbstractTanaman kelapa merupakan sumber daya alam yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia. Salah satu manfaat dari tanaman kelapa adalah buah kelapa muda merupakan buah yang dapat dijadikan olahan minuman segar. Pada umumnya, proses pengupasan kelapa muda masih menggunakan cara manual yang memerlukan tenaga fizikal yang banyak dan alat yang tajam seperti, parang. Oleh sebab itu, muncul lah isu-isu seperti kecederaan atau kemalangan yang sering berlaku di kalangan manusia disebabkan oleh cara pemotongan ini yang mempunyai tahap keselamatan yang rendah. Selain itu, cara ini mengambil masa yang lama hanya untuk mengupas satu biji kelapa dan ini sama sekali tidak memberi sebarang kelebihan kepada para peniaga. Tambahan pula, hasil kupasan kepala tidak akan menarik perhatian para pembeli sekiranya cara manual ini digunakan. Oleh itu, Mesin Pengupas dan Pemotong Kelapa Muda ini di bina bagi memudahkan kerja manusia serta menjimatkan masa pengupasan kelapa dan secara tak langsung dapat mengurangkan risiko kemalangan di negara kita. Penghasilan produk ini melalui pelbagai proses antaranya, mengumpul bahan, mengukur, memotong, menyambung dan proses mencantikkan produk. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah mesin yang mempunyai pelbagai fungsi dan sesuai untuk pelbagai jenis saiz kelapa serta dapat mendorong golongan-golongan muda untuk bergiat dalam bidang perusahawanan. Perbezaan antara projek ini dan produk yang ada di pasaran ialah, dalam projek ini tahap keselamatan dan keselesaan pengguna dinaik taraf lebih daripada produk-produk yang ada di pasaran. Projek ini juga menghasilkan produk yang lebih mudah untuk dialihkan dengan ukuran 75 x 80 x 100cm berbanding dengan produk-produk di pasaran yang dihasilkan dengan saiz yang jauh lebih besar

Group Members | : | MUHAMMAD FADHIL BIN MOHD SHAHRUL NIZAM (02DKM16F1016) WAN MUHAMMAD ADLI BIN WAN ROSNA (02DKM16F1054 ) DARSHAN A/L KUMMAR (02DKM16F1009) NURUL FARAH AMIRA BINTI ABDUL MALEK (02DKM16F1169) | |
Supervisor | : | EN ROSPI BIN MAT HUSIN | |
Session | : | June 2018 | |
Field | : | Mechanical | |
Division | : | Jabatan Kejuruteraan Mekanikal | |
Submitted Date | : | 08 November 2018 16:08:08 PM |