Home
Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository
INTRODUCTION
The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This directory provide the database of the student Final Year Project from
the past session.
DOWNLOAD DOCUMENTS
Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here
CAT LITTER BOX
AbstractPada awalnya, bekas pasir kucing digunakan dengan cara mengorek najis kucing daripada pasir kucing dengan menggunakan pengorek untuk ditapiskan supaya tidak membazirkan pasir tersebut kerana masih ada yang bersih. Walaubagaimanapun, sesetengah pembela kucing tidak tahan akan bau najis kucing ketika proses pembuangan tersebut. Dengan itu, mereka akan menjadi malas untuk membersihkan dan tunggu sehingga pasir kucing tersebut sudah tidak boleh lagi pakai sepenuhnya dan mereka akan menukar kepada yang baharu dimana akan menelan kos yang banyak dan juga dapat menjejaskan kesihatan kucing. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjejaskan ketenteraman persekitaran rumah. Objektif utama CLB ini ialah untuk memudahkan proses pembuangan atau penapisan najis kucing serta menjimatkan kos penggunaan pasir kucing. Mengenalpasti masalah yang mungkin timbul dan juga memberi cadangan adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Skop CLB ini meliputi pada keberkesanaan serta kaedah soal selidik yang dilakukan bagi memastikan bekas pasir kucing yang dibina mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu praktikal serta berkesan terhadap pembuangan najis, kos dan bau pasir kucing tersebut. Selain itu, CLB ini melibatkan proses pembuangan najis dengan lebih mudah. CLB ini juga merangkumi kajian literatur, pengumpulan maklumat dan soal selidik, penganalisaan maklumat yabg diperolehi dan akhir sekali penulisan laporan kajian. Seterusnya, tujuan CLB ini dibina sebagai membantu untuk menjimatkan kos penggunaan pasir kucing dan memudahkan proses pembuangan najis pada pasir kucing. Hasil daripada rekabentuk tersebut, ianya dapat berfungsi sebagai bekas pasir kucing serbaguna yang dicipta untuk memudahkan kerja pengguna. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, harga pasir kucing adalah agak mahal dan juga bau najis kucing adalah kuat. Secara keseluruhannya, bekas pasir kucing yang digunakan sebelum ini menunjukkan kekurangan dalam segi kecepatan dan juga menyusahkan pengguna untuk mengorek sendiri najis kucing tersebut. Secara tidak langsung, CLB ini mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut

Group Members | : | MUHAMMAD DANIAL HAFIZ BIN AMINUDDIN (02DKM18F1020) ADZRIZAN BIN ADNAN (02DKM18F1150) MUHAMMAD ADAM AMIR BIN AZMI (02DKM18F1145) MUHAMMAD AZRIEN BIN IDRIS (02DKM18F1075) | |
Supervisor | : | EN BUSU BIN SULONG | |
Session | : | June 2020 | |
Field | : | Mechanical | |
Division | : | Jabatan Kejuruteraan Mekanikal | |
Submitted Date | : | 17 February 2021 22:17:14 PM |