Home
Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository
INTRODUCTION
The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This directory provide the database of the student Final Year Project from
the past session.
DOWNLOAD DOCUMENTS
Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here
MESIN PEMBAKAR LEMANG
AbstractLemang merupakan makanan tradisional yang begitu sinonim dengan hari raya sama ada pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha. Biarpun lemang boleh didapati sepanjang tahun oleh penggemarnya, namun makanan tersebut merupakan juadah wajib setibanya kedua-dua hari raya tersebut. Yang menariknya, proses penghasilan lemang kini mengalami perubahan ekoran perkembangan semasa dan persekitaran yang kian berubah. Manusia kini semakin sibuk dan pada masa sama, bukan senang untuk mendapatkan buluh yang sesuai. Selain itu kemahiran memotong buluh juga tidak ramai yang menguasainya. Justeru, inovasi memasak lemang sangat membantu pengguna dalam menghasilkan lemang. Mesin Pembakar Lemang telah dicipta sebagai inovasi dalam teknologi penghasilan makanan berdasarkan kaedah manual dalam proses membakar lemang. Objektif kajian adalah untuk menghasilkan satu mesin automatik yang dapat beroperasi dengan kawalan minima, menjimatkan masa dan tenaga serta mampu mengekalkan keaslian rasa lemang. Kajian kaedah digunakan bagi merancang proses penghasilan projek dimana carta alir dijadikan panduan terhadap tatakerja bermula dengan melakar konsep rekabentuk mesin, dan memasang rangka mesin. Hasil dari analisa dan pengujian yang telah dijalankan, mesin ini telah berjaya mencapai objektif iaitu dapat menghasilkan satu inovasi dalam teknologi pemakanan yang memudahkan kerja, menjimatkan tenaga serta mengekalkan keaslian rasa lemang. Ia juga beroperasi dengan kawalan minima serta mampu menjimatkan masa berbanding cara tradisional.

Group Members | : | RUDOLF ONGINJIN KASAM (02DKM18F2037) MUHAMMAD AFIF BIN JAMALUDIN ( 02DKM18F2007) NABIL SYAHNADDIN BIN AZMI ( 02DKM18F2035) MUHAMMAD HAZIQ AFANDIY BIN MOHD HUSSAIN ( 02DKM18F2021) | |
Supervisor | : | EN ZULY ASYRAF BIN ZULKIFLI | |
Session | : | December 2020 | |
Field | : | Mechanical | |
Division | : | Jabatan Kejuruteraan Mekanikal | |
Submitted Date | : | 01 July 2021 21:01:09 PM |