Home

Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository


INTRODUCTION 

The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department, 
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This  directory provide the database of the student Final Year Project from 
the past session.




DOWNLOAD DOCUMENTS

Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here



 

Portable Cooler

Abstract

Pada era serba moden ini, kita boleh memerhati di sekeliling bahawasanya segala jenis peranti mudah-alih, jenis pengangkutan persendirian atau peralatan yang terdapat di rumah semuanya sudah makin canggih. Hal ini kerana, melalui perkembangan teknologi di abad 2020, pelbagai jenis peralatan dapat diperoleh dengan mudah contohnya dalam sektor perniagaan dan sektor ekonomi melalui perniagaan yang dijalankan pihak pengusaha dapat memajukan aktiviti perniagaan mereka melalui jualan secara atas talian. Selain itu, mereka dapat mencari pelanggan dengan lebih cepat melalui pengiklanan di siaran televisyen mahupun di media sosial dan dapat meningkatkan kadar keuntungan harian mereka. Walaubagaimana pun, zaman moden juga mengakibatkan pencemaran alam sekitar seperti gas kimia yang terhasil dari kenderaan, pancaran haba panas dari bangunan-bangunan tinggi dan malahan kadar penduduk yang semakin meningkat mengakibatkan kualiti udara semakin merosot serta peningkatan suhu yang melampau spesifikasinya di kawasan bandar. Tidak dinafikan bahawa peningkatan suhu makin meningkat saban tahun. Oleh yang demikian, kami telah memikirkan suatu projek untuk mengatasi permasalahan suhu panas tanpa pencemaran. Di dalam projek ini, terdapat beberapa objektif yang telah kami fokuskan iaitu mereka bentuk penyaman udara, membina penyaman udara berkonsepkan ‘Menara Penyejuk’ dan sistem solar, menguji suhu sejuk wap air yang bersesuaian, keberkesanan sistem pendawaian dan akhir sekali masalah kebocoran air pada penyaman udara. Projek ini dipilih selepas beberapa kajian dan analisa dilakukan. Kajian dan analisa ini dilakukan selepas dari permasalahan yang kami mengenal pasti. Lantas, perisian komputer ‘Autocad’ berserta lakaran tangan digunakan bagi membina bentuk projek penyaman udara yang berinovasi ini. Melalui kajian ini, kami dapat mengenal pasti tahap keberkesanan tenaga solar yang memberi impak positif dalam penjimatan tenaga elektrik bahkan selamat untuk digunakan pada masyarakat. Proses ujikaji ini juga berhubung kait dengan rumus yang telah kami dapati pada mata pelajaran ‘Termodinamik’ dan ‘Sains Kejuruteraan’. Untuk penginovasian yang lebih baik, bahan-bahan yang digunakan diambil kira bagi proses pembuatan yang kelihatan kemas sekali gus menjimatkan kos. Penggunaan sistem solar pada bahan projek juga dapat meminimumkan berlakunya litar pantas yang dapat membahayakan pengguna.



Group Members:MUHAMMAD AZNI BIN MUHAIZAN (02DAD19F1088)
MUHAMMAD NAJMI BIN MOHD NIZAM (02DAD19F1066)
MUHAMMAD AQILFARHAT BIN ABD RASIP (02DAD19F1082)
ABDUL HADI ASADULLAH BIN ZAMRI (02DAD19F1120)
Supervisor:EN MOHD SAFIAN BIN MUDA
Session:December 12122
Field:Automotive
Division:Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Submitted Date:23 January 2022 23:23:41 PM