Home

Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository


INTRODUCTION 

The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department, 
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This  directory provide the database of the student Final Year Project from 
the past session.




DOWNLOAD DOCUMENTS

Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here



 

SMART SPRAY

Abstract

Penyemburan air dan racun perosak lazimnya dilakukan oleh para petani atau pekebun dengan menggunakan knapsack manual 18 liter untuk menyembur kebun mereka. Permasalahannya adalah ianya memerlukan masa yang lama menanggung beban fizikal tong berisi penuh yang mengakibatkan keletihan dan sakit belakang. Pengguna perlu sentiasa berdiri tegak dan seimbang serta berpakaian lengkap untuk menjaga keselamatan dan kesihatan. Mereka tidak mampu menggunakan penyembur racun berengin kerana harganya mahal dan kos selenggaraan yang tinggi. Oleh itu, produk baru Smart Spray direka untuk memudahkan dan mengurangkan beban pekebun kerana hanya perlu ditolak ke depan seperti troli dengan adanya roda di depan. Proses penyemburan Smart Spray lebih cepat kerana sepasang muncung disediakan kiri dan kanan. Sistem semburan air dari tong melalui pam air jenis mini diaphragm ke hos dan akhir sekali ke muncung semburan dengan adanya pam secara mekanikal oleh set bahagian penghantaran kuasa menggunakan bateri dan suis tanpa tenaga untuk mengepam. Hasil dari uji lari Smart Spray mendapati masa menyiapkan semburan hanyalah 7.3 minit sahaja menggunakan pam tekanan 0.48 MPa dengan isian sebanyak 20 liter satu tong. Yang demikian dapat membantu pengguna, petani dan pekebun dari segi keselesaan semasa menyembur, mengurangkan tenaga untuk mengepam tangki, dan mengurangkan masa penyemburan secara berkesan.



Group Members:MUHAMAD FARHAN BIN MAT ATAN (02DKM19F1171)
MOHAMAD NORFIRDAUS BIN NORHAN (02DKM19F1166)
MUHAMMAD HAFIZIE BIN ARIFFIN (02DKM19F1161)
MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN SAIFUL AZHAR (02DKM19F1141)
Supervisor:MISKIAH BINTI WAKIJAN
Session:December 12122
Field:Mechanical
Division:Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Submitted Date:28 January 2022 15:28:19 PM