Home
Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository
INTRODUCTION
The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This directory provide the database of the student Final Year Project from
the past session.
DOWNLOAD DOCUMENTS
Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here
AUTOMATIC SAND FILTER
AbstractKami sebagai satu kumpulan telah bercadang bagi menambahbaik projek 1 yang sedia ada kepada projek 2 iaitu dimana kami menambahkan beberapa elemen antaranya adalah kami menggunakan Motor berjenis DC motor vibrator 220V. Objektif projek ini dipilih bagi merekabentuk sebuah mesin yang berupaya untuk menapis antara pasir kasar dan halus secara automatik. Objektif yang seterusnya, memfabrikasi satu mesin penapis pasir mudah alih serta menguji alat penapisan pasir yang di bina dari segi ergonomik dan masa secara kadar efektif. Selain itu, para pengguna dapat mengurangkan tenaga kerja. Manakala untuk skop projek Automatic Sand Filter ini adalah untuk mendapatkan pasir halus yang berukuran 1mm hingga 2mm, Menghasilkan satu mesin mudah alih yang berukuran 4 kaki Panjang dan 2.5 kaki lebar, Menggunakan besi hollow mild steel serta dc motor vibrator 220 Volts. Hal ini ditetapkan bagi menyelesaikan masalah kontraktor kecil. Seterusnya, projek ini dapat membantu kontraktor kecil dengan menapis pasir dalam masa yang singkat berbanding menggunakan teknik manual. Manakala, bagi proses pembentukkan komponen, kajian metodologi digunakan bagi merancang proses penghasilan projek dengan menggunakan carta alir sebagai panduan untuk penghasilan dan pengujian projek. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, hasil analisis dan perbincangan yang telah dijalankan dapat dirumuskan bahawa Automatic Sand Filter Machine ini telah mencapai objektif yang dibincangkan. Selain itu, alat ini juga terbukti mampu menjimatkan masa dan tenaga bekerja berbanding secara manual bagi kontraktor kecil.

Group Members | : | MOHAMAD ROHAIMI BIN MOHAMAD ROSHAM (02DKM19F1058) AHMAD HULAIF AIMAN BIN AHMAD HAMINIZA (02DKM19F1159) DANIEAL HAKIM BIN MOHAMED (02DKM19F1098) MUHAMAD SYAHMIE HAYKAL BIN YUSRI (02DKM19F1003) | |
Supervisor | : | EN ROSPI BIN MAT HUSIN | |
Session | : | December 12122 | |
Field | : | Mechanical | |
Division | : | Jabatan Kejuruteraan Mekanikal | |
Submitted Date | : | 17 February 2022 18:17:16 PM |