Home

Welcome to Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Institutional Repository


INTRODUCTION 

The purpose of this directory is to support student Final Year Project for Mechanical Engineering Department, 
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. This  directory provide the database of the student Final Year Project from 
the past session.




DOWNLOAD DOCUMENTS

Final Year Project Planning and Project Report Guidelines >> click here



 

Pelampung Basikal Hidrofoil

Abstract

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk merekabentuk pelampung basikal hidrofoil untuk kegunaan rekreasi.Dimana pelampung ini merupakan satu bahagian yang penting di dalam pembinaan basikal hidrofoil yang berperanan menjadi faktor untuk basikal ini terapung di dalam air. Projek ini menghasilkan satu cara lain dalam pergerakannya kerana ianya merupakan hidrofoil bertenaga manusia dan menggunakan sepenuhnya tenaga manusia untuk menggerakkannya. Masalahyang dihadapi adalah kekurangan alat rekreasi air di mana kajian telah dibuat di Taman Tasik Bandar,Kuantan.Jumlah alat rekreasi yang terdapat di sana sangat terhad dan pengunjung tidak dapat menggunakan alat rekreasi pada masa yang lama. Dengan adanya basikal hidrofoil ini, orang ramai boleh bereakreasi dengan lebih ramai dalam satu masa.Selain itu,kos pembuatan pelampung basikal ini lebih murah jika dibandingkan dengan kos kapal kapal yang digunakan untuk tujuan rekreasi yang lain.Seterusnya, projek ini dapat mengelakkan penggunaan bahan bakar dan boleh mengelakkan pencemaran berlaku.Sepanjang proses menyiapkan rekabentuk pelampung ini, banyak teorimekanikal dan praktikal digunakan, yang mana mengikut kesesuaianpenggunanya.Bahan utama dalam pembinaan pelampung ini juga merupakan fiberglass. Projek rekabentuk ini memberi banyak peluang untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana dapat mengaplikasi penggunaan perisian rekabentuk seperti Inventor dan autocad, pengiraan asas kejuruteraan,mengenalpasti serta penyelesaian permasalahan, terutamanya dalam proses pembinaan rekabentuk pelampung basikal hidrofoil ini. Namun begitu, projek ini masih mempunyai kekurangan dan kelemahan yang masih boleh dipertingkatkan serta berpotensi untuk berkembang sejajar dengan objektif pembinaan rekabentuk ini. Secara keseluruhannya, pelampung basikal hidrofoil ini dapat berfungsi dengan baik dan tidak tenggelam ketika di dalam air.



Group Members:MUHAMMAD ASYRAAF ZAIM BIN KAMARUDDIN (02DKM19F1185)
MUHAMMAD RIDZAUDDIN BIN NOORIZWIN (02DKM19F1124)
MOHAMAD FARIEZ BIN MOHAMAD TARMIZI (02DKM19F1109)
MUHAMMAD AFIQ LUQMAN BIN M.ANUAR (02DKM19F1130)
Supervisor:EN NOR ISHA BIN NORDIN
Session:December 12122
Field:Mechanical
Division:Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Submitted Date:18 February 2022 13:18:15 PM